Selamat Datang


"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
www.familiazam.com

Wednesday, June 18, 2014

KERTAS PEMAHAMAN SIRI 1

Soalan 1 hingga Soalan 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1   “_____________ mestilah menjaga kebersihan kelas,” kata Muaz kepada kawan-kawannnya.
A   Kita                                             B   Kami
C   Beliau                                          D   Engkau 

2    Penduduk Kampung Damai berusaha untuk mengumpulkan wang bagi _________ masjid.
A   membesar                                   B   dibesarkan
C   memperbesar                              D   memperbesarkan 

3   Aiman membeli enam _________ tembikai dari gerai buah-buahan itu.
A   bilah                                            B   keping
C   potong                                        D   puntung 

Soalan 4  berdasarkan gambar di bawah ini.
4    Pak Rahim ___________ buah durian yang telah gugur di dusunnya.
A   mengangkat                                 B   mengambil
C   memegang                                   D   mengutip 

5   Najihan mengalami ___________ nafas kerana keadaan cuaca pada hari itu berjerebu.
A   seksa                                           B   sesak
C   sebak                                          D   susah 

6   Encik Redzuan menggunakan __________ untuk mengukur sudut 90 darjah pada pelan rumah berkembar itu.
A   kekisi                                           B   tetikus
C   sesiku                                          D   bebola 

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah ini.

7   Izzat duduk di tepi pantai ____________ menikmati keindahan pemandangannya.
A   sambil                                          B   supaya
C   tetapi                                           D   lalu 

8   Encik Mohd Faizul _____________ isterinya sebentuk cincin emas bertatahkan berlian .
A   dihadiahi                                      B   dihadiahkan
C   menghadiahi                                 D   menghadiahkan 

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.

9   Ibu menyandarkan payung itu di __________ bilik selepas pulang dari kedai.
A   tengah                                          B   bawah
C   sudut                                            D   sisi 

10  Ketika menyusuri pinggir hutan itu, kami dapat mendengar dengan jelas bunyi ________ yang nyaring.
A   pepijat                                          B   reriang
C   lelabah                                         D   lelabi 

11  Keluarga Pak Mat mengadakan majlis kenduri doa selamat sebagai tanda __________  kerana kejayaan anaknya dalam UPSR
A   kemulian                                       B   kesyukuran
C   ketenangan                                   D   kemenangan 

12  Dina Husna  __________ kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas kerana usahanya yang gigih.
A   peroleh                                          B   perolehi
C   memperoleh                                   D   memperoleh 

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini 

13  Kakak Fatimah sedang _________ ketupat untuk menyambut hari raya.
A   menganyam                                    B   mengupas
C   menyirat                                         D   menjala 

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah ini.

14 Puan Rohaniza ______________ lauk-pauk yang disediakannya untuk makan tengah hari.
A   meletakkan                                  B   mengeluarkan
C   mempamerkan                             D   menghidangkan 

15  Mesyuarat Kurikulum di Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu dihadiri oleh ____________ sahaja.
A   Guru Besar                                 B   Guru-Guru Besar
C   Guru Besar-Besar                       D   Guru Besar-Guru Besar 

16  Siti Suhana mengambil beberapa __________ serai dan dua __________ daun kunyit muda di belakang rumahnya.
A   helai … helai                               B   batang … helai
C   rumpun … ketul                          D   pucuk … kuntum 

17 Setelah berbincang, mereka telah ____________ tentang perkara itu.
A   gelap mata                                   B   murah hati
C   bulat kata                                     D   bulat hati 

18  Para pelancong haruslah mematuhi __________ berpakaian ketika melawat ke Masjid Putrajaya.
A   tatacara                                        B   tataetika
C   tatatertib                                       D   tatasusila 

19  Jalan raya dari Tapah ke Comeron Highlands _______________ .
A   licin-licau                                       B   kusut-masai
C   lintang-pukang                               D   bengkang-bengkok 

20 “________________ semua murid berkumpul di dewan sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat,” kata Guru Besar.
A   Minta                                            B   Tolong
C   Pelawa                                          D   Jangan 

Soalan 21
Pilih perkataan seerti  bagi perkataan bergaris.

21 Novelis itu mendapat ilham menulis novel “Mahligai Gading” ketika bercuti di Tasik Kenyir.
A   ilusi                                             B   idea
C   karya                                          D   inspirasi 

Soalan 22
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris.

22  Nurul Athirah menceritakan kisah hidupnya dengan nada yang sebak.
A   sayu                                           B   girang
C   geram                                        D   lantang

Soalan 23
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

23  Murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan dalam tempoh yang ditetapkan.
A   Mengapakah murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan ?
B   Siapakah yang mengingatkan murid-murid supaya menjawab semua soalan?
C   Bagaimanakah murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan ?
D   Apakah peringatan yang diberikan kepada murid-murid?

Soalan 24
Pilih jawapan  yang  sesuai bagi ayat tanya di bawah ini.

24  Hari sudah jauh malam. Mengapakah kamu tidak memadamkan lampu?
A   Saya akan tidur apabila lampu dipadamkan.
B   Saya akan memadamkannya jika diberitahu lebih awal.
C   Saya biasa berjaga hingga larut malam, tidak perlu lampu dipadamkan.
D   Saya sedang membaca buku. Sebentar lagi lampu ini akan saya padamkan.

Soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25  Kalau tidak kerana Saiful, belum tentu pasukan bola sepak kita akan memenangi perlawanan dengan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela itu.
A   Kemenangan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela itu disebabkan
oleh kehadiran Saiful.
B    Pasukan bola sepak sekolah menang dalam perlawanan dengan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela kerana kehebatan Saiful.
C    Kalau tidak kerana sekolah, tidak mungkin Saiful akan memenangi perlawanan dengan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela.
D   Kehadiran Saiful, pasukan bola sepak sekolah tentu akan memenangi perlawanan menentang pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela.

Soalan 26
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

26 Walaupun Amirul Irfan dan Amirul Hakim saudara kembar tetapi tingkah laku mereka jauh berbeza seperti _______________ .
A   anjing dengan kucing
B   pahat dengan penukul
C   pinang dibelah dua
D   langit dengan bumi

Soalan 27 dan Soalan 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27        
I           Seluar yang dipakai oleh Pak Hassan itu agak singkat sedikit.
II         Sungai di kampung itu sungguh singkat airnya sejak bulan lepas.
III        “Para penculik itu singkat pemikirannya,” kata pihak polis kepada kami.
IV        Lawatan Yang Berhormat Ahli Parlimen Titiwangsa ke kawasan perumahan kami
singkat saja.

A         I dan III sahaja
B         III dan IV sahaja
C         I, III dan IV sahaja
D         I,II, III dan IV

28       
 I           Kawasan perumahan setinggan di pinggir kota itu telalu sesak.
II         “Pesakit asma biasanya mengalami sesak nafas,” jelas Doktor Wahab.
III        Stadium itu penuh sesak dengan ribuan peminat bola sepak tanah air.
IV        Sikap boros menyebabkan dia selalu sesak walaupun gajinya lumayan.

A         II dan III sahaja
B         I,II dan III sahaja
C         II, III dan IV sahaja
D         I , II , III dan IV

Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

29       
 I           Pemuda yang berseluar hitam itu berasal dari Temerloh, Pahang.
II         Di waktu malam, suasana di Kampung Kuala Ibai sunyi sepi.
III        Wau ialah satu daripada permainan tradisional masyarakat Melayu.
IV        Berbagai-bagai jenis kuih-muih dijual di warung Mak Jemah setiap hari.

A         I dan III sahaja
B         I dan IV sahaja
C         I,II dan III sahaja
D         I,II dan IV sahaja

30       
I           Junaidi suka mendengar lagu-lagu berentak keroncong.
II         Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini.
III        Ketiga-tiga orang pegawai Bank Simpanan Nasional itu kawan ayah saya.
IV        “Masukkan sedikit cili sos ke dalam masakan itu,” kata ibu kepada kakak.

A         I dan III sahaja
B         I, II dan III sahaja
C         I, III dan IV sahaja
D         I , II , III dan IV


Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

9.00 pagi        
Ayah dan pak long masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa orang jiran dan penduduk kampung turut berada di situ untuk sama-sama membantu. Ibu dan kakak sibuk menyiapkan pelamin dan bilik pengantin. Aku dan Miswan sedang mencuba-cuba mikrofon yang disewa daripada Persatuan Belia Kampung Sungai Nipah.

9.45 pagi
Nasi minyak dan nasi putih serta lauk-pauk sudah siap dimasak. Lagu “Selamat Pengantin Baru” mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalin pakaiannya. Pak long mengarahkan aku dan anaknya, Miswan mengemaskan, menyusun, dan mengelap kerusi meja di bangsal tetamu.

10.15 pagi
Sanak saudara terdekat mula tiba. Ada antara mereka yang membawa hadiah untuk abang long. Dua puluh orang anggota kumpulan Rebana Sinar Nurani tiba pada masa yang sama. Ketibaan mereka memang kami nanti-nantikan. Mereka akan menghiburkan tetamu dan jemputan dengan lagu-lagu irama padang pasir.

11.30 pagi
Para tetamu sudah memenuhi keempat-empat buah bangsal yang telah disediakan. Ayah ke hulu dan ke hilir melayan saudara mara, sahabat handai dan para jemputan. Ayah kelihatan agak kekok dan gementar. Aku, Miswan, dan beberapa orang saudaraku yang lain sibuk menghidangkan makanan.

12.00 tengah hari
Rombongan pengantin perempuan tiba. Pasangan pengantin disambut dengan tembakan ke udara sebanyak tujuh das oleh pak long. Paluan rebana dan aksi pencak silat turun mengalu-alukan ketibaan “Raja Sehari” itu. Pasangan ini kemudiannya diiringi ke bangsal untuk menikmati hidangan yang disediakan.

31        Apakah yang mungkin dilakukan oleh ayah dan pak long pada pukul 9.00 pagi ?
A         Melayan tetamu
B         Mendirikan bangsal
C         Memasak lauk-pauk
D         Mencuci pinggan mangkuk

32        Berdasarkan petikan di atas, siapakah Miswan ?
A         Adik penulis
B         Abang penulis
C         Kawan penulis
D         Sepupu penulis

33        Di manakah majlis kenduri kahwin tersebut diadakan ?
A         Rumah pak long
B         Rumah keluarga pengantin lelaki
C         Balai Raya, Kampung Sungai Nipah
D         Rumah keluarga pengantin perempuan

34        Mengapakah ayah penulis kelihatan agak kekok dan gementar ?
A         Dia tidak pernah menghadiri majlis kenduri kahwin
B         Tetamu yang hadir dalam majlis kenduri tersebut telalu banyak.
C         Bimbang akan hidangan lauk-pauk yang disediakan tidak
mencukupi.
D         Baru kali pertama mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya.

35        Pernyataan manakah yang salah tentang petikan di atas
A         rombongan pengantin tiba pada pukul 12.00 tengah hari
B         hidangan lauk- pauk dimasak oleh ibu dan kakak penulis.
C         para jemputan terdiri daripada saudara mara dan sahabat handai.
D         Majlis tersebut turut diserikan oleh Kumpulan Rebana Sinar Nurani.

Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT
  • Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan.
  • Patuhi had laju yang ditetapkan. Berhati-hatilah ketika memandu.
  • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum menukar lorong.
  • Sentiasa patuhi semua peraturan jalan raya. Bersedia untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar kuning dan berhenti sepenuhnya apabila lampu isyarat bertukar merah. Beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  • Jangan ekori kenderaan di hadapan dengan rapat kerana perbuatan ini selalu mengakibatkan kemalangan.
  • Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong kenderaan lain. Jangan memotong jika teragak-agak.
  • Jangan memotong barisan atau menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab munasabah.
  • Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana perbuatan itu  mendatangkan bahaya.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA !

 36        Merancang perjalanan adalah penting supaya pemandu tidak
A         mengantuk
B         keletihan.
C         kebosanan.
D         terburu-buru.

37        Bilakah pemandu perlu berhenti di lampu isyarat ?
A         Apabila lampu isyarat hijau
B         Apabila lampu isyarat merah
C         Apabila lampu isyarat kuning
D         Apabila lampu isyarat kuning atau merah

38        Apakah yang sering menjadi punca kemalangan ?
A         Mengekori kenderaan di hadapan dengan rapat
B         Berhenti di lorong kecemasan apabila kenderaan rosak
C         Tidak berhenti ketika lampu isyarat bertukar kuning
D         Memotong kenderaan lain dengan yakin

39        Pilih pernyataan tidak benar tentang petikan
A         Jangan mencelah di antara kenderaan
B         Beri keutamaan kepada pejalan kaki
C         Jangan menukar lorong ketika di tepi jalan raya
D         Pandu kenderaan mengikut had laju yang ditentukan

40        Rangkai kata tidak fokus dalam petikan bermaksud
A         tidak selesa
B         tidak bermasalah
C         tiada lesen memandu
D         tidak dapat memberikan tumpuan

Saturday, April 6, 2013

LATIHAN 4 IMBUHAN ber ( ARAS RENDAH)

LATIHAN 4.1
Isilah tempat kosong di bawah ini dengan kata di dalam petak.
1. Haris dan Harison _________ ke Seremban.
2. Sejak tadi adik _________ saja.
3. Bulan _________ pada waktu malam.
4. Gadis manis itu _________ kebaya.
5. Neneknya sudah tidak _________  lagi.
6. Ramesh selalu _________ sejak  kematian adik.
7. Bendera Malaysia _________ biru, kuning, dan putih.
8. Kasut ayah cantik dan _________ .
9. Murid-murid itu _________ kaki ke sekolah.
10. Askar-askar itu _________ dengan sungguh-sungguh untuk mempertahankan negara.
     berbaju   bercahaya  berduka  bergigi
     berjalan  berjuang   berkereta   berkilat
     berwarna   bermuram                                  
LATIHAN 4.2
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.
1. Orang kaya itu _________ besar.
2. Orang yang _________ tinggi selalu dihormati.
3. Mereka _________ ke tepi pantai.
4. Bapa saya _________ putih.
5. Dia _________ sambil berfikir.
6. Ibu sedang _________ di dalam biliknya.
7. Dua orang budak itu sedang __________ .
8. Ayah sedang _________ dengan jiran.
9. Laporan itu bulum _________ lagi.
10.Surat yang _________ itu dimasukkan ke dalam sampul.
      bertulis  berpengetahuan  berkelahi
      berjalan   berbual   berbaju   
      berbasikal   berlipat   berkereta
      bersolek                                 
                                                 

LATIHAN 4 IMBUHAN ber....

LATIHAN4.1

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.
1. Pokok mangga yang ditanam di belakang rumah Pak Seman _________ merah.
2. Salimah _________ di atas katilnya sambil membaca surat khabar.
3. Puan Nooraini _________ kebaya ke majlis perkhawinan anak perempuan Datuk Anwar.
4. Penyanyi yang _________ merdu itu berjaya memikat hati ribuan penonton yang menyaksikan persembahan di Stadium Negara.
5. Nenek Halijah _________ kepada cucu-cucunya hingga larut malam.
6. Kami _________ telah terpilih sebagai wakil sekolah dalam pertandingan perbahasan
peringatan  sekolah-sekolah.
7. Encik Shamsuddin melarang anaknya memetik pokok mawar yang baru _________ itu.
8. Tiap-tiap hari Johari _________ ke kebun getahnya yang terletak di hujung kampung.
9.Seluar pendeknya yang koyak itu belum _________ .
10.Kedua-dua orang adik-beradik itu asyik _________ seperti anjing dengan kucing.        
  bersuara   berdaun   berbunga   

  berbasikal   bertiga  berjahit  berbaju

  berbaring   berkelahi bercerita                                                                                                                                                                                                                                                                          

LATIHAN4.2

Masukkan imbuhan beR- pada perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, tuliskan semula ayat-ayat itu dalam kurangan yang disediakan.
1. Pesakit itu tidak dibenarkan memakan makanan yang minyak dan pedas.
  __________________________________________________________________
2. Adik lari-lari anak apabila melihat ayah dan ibu pulang dari pasar raya.
    __________________________________________________________________
3. Apabila saya pulang dari kerja, pinggan mangkuk itu belum basuh.
    __________________________________________________________________
4. Orang ramai digalakkan kebun sayur di belakang rumah masing-masing untuk menjimatkan  perbelanjaan harian.
  __________________________________________________________________   
__________________________________________________________________
5. Kelmarin, angsa Pak Cik Lailin telur di bawah rumah Tuk Penghulu Hamad.
    __________________________________________________________________
6. Kami empat pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Melaysia di Stadium Shah Alam.
  __________________________________________________________________  
 _________________________________________________________________
7. " Berikan kuih ini kepada budak yang baju biru itu," kata Rafidah kepada Filza.
    ______________________________________________________________
8. Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mangsa berkenaan sudah tidak nafas lagi.
    __________________________________________________________________
9.Para penonton tepuk tangan apabila ahli silap mata itu muncul di atas pentas.
   __________________________________________________________________
10.Mereka dua berkawan baik semenjak menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lagi.
    __________________________________________________________________

LATIHAN 3 IMBUHAN meN 2013

LATIHAN 3.1
Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang diberi.
                  menampal     menegah       memunggah       menempah  
                  menyudu    memungut     mengukur     menyemak     
                               menguji          memarang
1. Peperiksaan itu diadakan untuk ___________ kebolehan murid-murid.
2. Abang saya__________ majalah Dewan Pelajar daripada Dewan Bahasa
    dan Pustaka.
3. Mereka sedang __________ sebuah peti ais dari lori.
4. Dia _________ poster itu pada papan kenyataan.
5. Puan Minah __________ anaknya betmain di tepi jalan raya.
6. Mereka sedang __________ keluasan tanah lapang itu.
7. Pihak sekolah __________ derma untuk membantu murid yang malang itu.
8. Cikgu Osman __________ buku kerja kami setiap hari.
9. Ibu sedang __________ nasi dari periuk nasi.
10. Ayah _________ besi itu sehingga licin.                                                                                                  
LATIHAN 3.2
membesar      menguncup     memerahi      menjatuhi   
             memenuhi       menyeterika      mengikir     menyeberang
                          memanjang    mengecilkan
1.  Puan Minah sedang ____________ seluar panjang suaminya.
2.  Pemburu itu ____________ musang yang cuba menyerangnya.
3.  Tumbuhan itu akan ____________ dengan lebih cepat jika sentiasa dibubuh
     baja.
4.  Getah itu ___________ apabila ditarik.
5.  Besi __________ apabila disejukkan.
6.  Mukanya ___________ apabila dimarahi oleh ibunya.
7.  Kanak- kanak sedang __________ di jalan itu.
8.  Hakim __________ pengedar dadah itu hukuman mati.
9.  Peminat bola sepak ___________ Stadium Merdeka sejak
petang lagi.
10. Jangan sekali-kali ___________ kebolehan orang lain.                                                                            
LATIHAN 3.3
Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan kata-kata berimbuhan
men..... yang sesuai.
    menyiapkan
                   membantah
                                    melaut
                                                  merawat
                                                                 mengalir
      memuji
                   menghargal
                                  membancuh
                                                 menggubah
                                                                 menjerang
1. Janganlah kita ____________ kata orang tua.
2. Sungai di belakang rumahnya ____________ dengan deras.
3. Emak sedang __________ susu untuk adik.
4. Kakak __________ air di dapur.
5. Sawah padi di Negeri Kedah ___________ luas.
6. Kita perlu ___________ jasa orang lain terhadap kita.
7. Cikgu selalu __________ murid yang pandai dan rajin itu.
8. Doktor itu sedang ____________ pesakitnya.
9. Kegemaran kakak saya ialah ___________ bunga.
10. kita akan __________ projek itu dalam tempoh dua tahun.                                                                                                                                                                                                                                                        
LATIHAN 3.4
Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.
1.  Apabila kami tiba di kampung itu, kami ternampak sawah-sawah padi yang ________dari jauh.
2.  Penuntut-penuntut pusat pengajian tinggi terpaksa _________ rumah di luar kampus kerana      
     penginapan di asrama sudah penuh.
3.  Perusahaan _________ nanas terdapat di beberapa tempat di Johor Bahru.
4.  Osman tidak dapat __________ kerana masih di bawah umur 21 tahun.
5.  Kapal terbang dari Kota Bharu itu ___________ di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah pada  
     pukul 8.45 malam.
6.  Bercucuk tanam dan __________ ikan air tawar merupakan pekerjaan utama kebanyakan         
     penduduk di kampunng saya.
7.  Haslina __________ kepada ayahnya supaya membenarkan dia berkelah ke Desaru bersama  
     kawan-kawannya.
8.  Mustaza bercita-cita untuk __________ seorang ahli perniagaa yang berjaya pada suatu hari      
     nanti.
9.  Mak Cik Naimah leka ___________ ketupat sehingga tidak sedar akan kedatangan anak          
     cucunya.
10. Pada musim tengkujuh, para nelayan tidak dapat __________ ikan kerana laut bergelora.
     merebus
                    mengundi
                                   menangkap
                                                   menjadi
                                                                 mengetin
    menguning
                    menyewa
                                    mendarat
                                                   merayu
                                                                menternak
Sumber : http://rohana-rahman-bm.blogspot.com/2012/11/imbuhan-awalan-men.html

LATIHAN 2 PENANDA WACANA 2013

13.   Persekitaran yang kotor akan menyebabkan pelbagai penyakit,                       kita mestilah menjaga kebersihan persekitaran.
       A  dalam pada itu        B   walau bagaimanapun     C   oleh sebab itu    D   dengan itu                            
                                                                                                                                                                14.                    Zurina belajar bersungguh-sungguh,namun dia gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian bulanan matematik.
    A   jika demikian                B   meskipun                  C   jika sekiranya           D   tambahan pula
  
15. Jangan berbual-bual semasa berada di dalam kelas, ______ ketika guru sedang mengajar.
      A   lebih-lebih lagi                B   oleh sebab itu           C   di samping itu        D   oleh yang demikian         
16.  Persekitaran yang kotor akan mendatangkan pelbagai penyakit,                      kita mestilah menjaga kebersihan persekitaran kita  .
       A   walau bagaimanapun     B  oleh sebab itu            C  dengan itu                D   dalam pada itu              
17.  Penganiayaan kanak-kanak kerap berlaku di negara Barat,                   kini fenomena itu mula menular dalam masyarakat kita .
       A  namun begitu                  B   di samping itu    C   jika demikian               D   kalau begitu                     
18.   Semua orang pergi ke pesta buku itu ,                       saya pun ingin turut serta .
        A  demikian juga                B   selain itu             C   oleh yang demikian     D   dengan itu                        
19.  Saya tahu awak tidak sengaja mengoyakkan buku itu,                         awak perlu menggantikan dengan yang baru .
       A   di samping itu                B   dengan demikian C   jika sekiranya           D   walau bagaimanapun        
20.  Kehidupan keluarganya sangat susah kerana adik-beradiknya ramai. _______, bapanya sudah lama meninggal dunia.
A   Kalau begitu                   B   Selain itu                  C   Tambahan pula         D   Lantaran itu
                    
21.  ________ ditegur  _______ menjadi-jadi pula perangai anak bongsu Puan Maimunah itu.  
      A   Biarpun…namun      B   Makin…makin       C   Jangankan…pun       D   Bukan saja…tetapi juga                                                                                                                                                                    
22. Encik Aziz yakin kejadian itu dilakukan oleh Abu dan rakan-rakannya. ______, beliau tidak mahu membuat tuduhan tanpa sebarang bukti yang kukuh.
      A   Oleh itu                          B   Justeru                     C   Namun begitu           D   Tambahan pula            
23. Bengkel motivasi itu _______ dibuka untuk murid sekolah rendah, ________ untuk pelajar sekolah menengah.
      A   bukan sahaja…tetapi juga   B   baik…baik     C   sungguhpun…namun      D   jangankan…pun         
24. Ali bercita-cita menjadi pakar forensik, _______ dia telah belajar dengan bersungguh-sungguh.
      A   Jika begitu                     B   Namun begitu            C   Tambahan pula                    D   Oleh sebab itu
           
25. Menteri Pelajaran menyeru para pelajar supaya menguasai teknologi maklumat. _______ hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 akan tercapai.     
      A    Di samping itu                B   Lebih-lebih lagi         C   Dengan demikian           D   Dalam pada itu

LATIHAN 1 PENANDA WACANA 2013

PENANDA WACANA
1.    Tiket bas untuk pulang ke kampung telah habis dijual. _______, Azam tetap berusaha untuk pulang dengan mendapatkan tiket kereta api pula.
A   Namun begitu                 B   Selain itu                  C   Tambahan pula         D   Lantaran itu
                    
2.   Karnival membeli-belah 2004 sudah bermula di seluruh negara. _______, suri rumah dinasihati supaya bersikap bijak semasa berbelanja.  
      A   Bahkan juga            B   Namun begitu            C   Tambahan pula         D   Lantaran itu                       
3.   Ain sangat disayangi datuk dan neneknya. ______ dia merupakan cucu tunggal.
      A   Oleh yang demikian B   Di samping             C   Lebih-lebih lagi         D   Dengan itu                            
4.   Peperiksaan UPSR semakin hampir. _______, Nazrul membuat latihan ulang kaji dengan lebih intensif.
      A   Bukan sahaja       B   Oleh sebab itu           C   Kalau begitu          D   Namun begitu                          
5.   Rahayu petah bercakap dan bijak pula. _______, dia telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat Negeri Perlis.
      A   Oleh sebab itu      B   Padahal         C   Di samping itu               D   Lebih-lebih lagi                                   
6.   Harga sayur akan dikaji semula. _______ berlakunya lambakan sayur di pasaran.
      A    Seterusnya          B   Bukan sahaja      C   Oleh sebab itu     D   Hal ini kerana                                   
7.   Kehidupan Alang sangat miskin. ______ dia terpaksa mencari rezeki tambahan untuk menyara 
      keluarganya yang besar.
      A   Namun begitu                 B   Oleh yang demikian   C   Sungguhpun demikian           D   Dengan itu             
8.   Puan Juriah mengusahakan tanaman ciku secara komersial. _______ dia juga melibatkan diri dalam
      penternakan lembu untuk menambah pendapatannya.
      A   Di samping itu                 B   Namun demikian       C   Tambahan pula     D   Lebih-lebih lagi                          
9.   Para pemandu dinasihati supaya berhati-hati apabila melalui selekoh yang tajam itu. _______, jalan itu 
      licin dan tidak rata
      A   Oleh sebab itu                 B   Tambahan pula         C   Di samping itu    D   Lebih-lebih lagi                 
10. Semua orang hendak pergi ke pameran komputer itu. ______ saya pun hendak pergi sama.
      A   Tambahan pula               B   Kalau begitu             C   Oleh sebab itu           D   Dengan demikian       
11.  Suhaimi yang merupakan juara bertahan dalam kejohanan tenis itu telah bermain bersungguh-sungguh     dalam perlawanan akhir,               beliau tewas dalam perlawanan tersebut.
       A   jika demikian                 B  demikian juga            C   begitu juga   D   namun demikian                      
12.  Amira merupakan anak seorang hartawan.                   dia tidak menyombong diri dengan rakan-  
       rakannya yang lain.
      A  Namun begitu                  B   Jika begitu       C   Oleh sebab itu      D   Lebih-lebih lagib itu        D   Lebih-lebih lagi