Selamat Datang
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
www.familiazam.com
Thursday, October 27, 2011
PERKATAAN HARI INI ( TERATAK )
1. sejenis rumah kecil di sawah dll (utk tempat tinggal sementara), dangau, gubuk: di situ mereka membuat teratak utk tempat kediamÂannya;
2. rumah (utk merendahkan diri): tuanku, di teratak patik inilah tuan puteri ketujuh-tujuh beradik itu bermain;
3. Jw atap tepas yg diberi bertiang (utk tempat berteduh);
4. dusun kecil (didiami oleh beberapa keluarga sahaja); meneratak ark mendirikan teratak.
Sunday, October 23, 2011
AKTIVITI 3 PILIH AYAT YANG BETUL TATABAHASANYA
1.
A. Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja.
B. Ali boleh menjawab soalan itu dengan tepat.
2.
A. Puan Sara dihadiahkan Pingat Khidmat Cemerlang.
B. Puan Sara dihadiahi Pingat Khidmat Cemerlang.
3.
A. Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung.
B. Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung.
4.
A. Cikgu Siti menceritakan pengalamannya.
B. Cikgu Siti menceritakan tentang pengalamannya.
5.
A. Rombongan itu adalah dari Filipina.
B. Rombongan itu ialah dari Filipina.
6.
A. Kereta itu dipandu oleh saya.
B. Kereta itu saya pandu.
7.
A. Gadis itu merasa amat sedih selepas ibunya meninggal dunia.
B. Gadis itu berasa amat sedih selepas ibunya meninggal dunia.
8.
A. Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding.
B. Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding.
Wednesday, October 5, 2011
AKTIVITI 2 LATIHAN AYAT AKTIF DAN PASIF
LATIHAN 1
Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.
1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal .
2. Kucing jantan itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.
3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
4. Pelumba motorsikal dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut.
5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik .
6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.
7. Kamu patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.
8. Peguam berjambang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.
LATIHAN 2
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.
1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Mesir tersebut.
2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang itu.
3. Ujian kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.
5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan
6. Wang itu telah saya masukkan ke dalam Bank Rakyat.
Friday, September 30, 2011
NOTA AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana ‘pelaku’´ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘benda yang kena buat’ terletak di belakang (sebagai predikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘meN...’, ‘men...kan’ dan ‘men...i’.
iii. Contoh :
i. Abu sedang memancing ikan.
(Abu ialah pelaku (didepan) dan ikan ialah benda kena buat)
B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat)manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai predikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di.....’; ‘di.....kan’ atau ‘di.....i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
iii. Contoh :
i. Ikan itu dipancing oleh Abu.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)
Perhatian :
(Selepas anda faham. Sila jawab latihan-latihan yang akan diberi dalam Aktiviti 2.)
Bahan Tambahan Untuk Pemahaman
Ayat Aktif

Dalam Ayat Aktif, subjek sebagai perkara utama yang diterangkan dalam satu ayat Subjek dihadapan
kata kerja transitif dan objek seperti berikut.
Subjek | Kata Kerja Transitif | Objek |
1. Penjaja itu | menjual | nasi lemak dan kuih |
2. Ibu | memuji | adik |
Ayat Pasif
Ayat Pasif berlawanan dengan ayat aktif. Dalam ayat pasif, objek diletakkan pada permulaan ayat.

Objek | Kata Kerja Transitif | Subjek |
1. Balai raya | dibina | oleh penduduk kampung damai |
2. Esei itu | dikarang | oleh Zaini |
Sumber : http://izyanizan.blogspot.com