Selamat Datang


"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
www.familiazam.com

Friday, September 30, 2011

NOTA AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Sila baca dan fahamkan.

A. AYAT AKTIF:

i. Ayat aktif ialah ayat yang mana ‘pelaku’´ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘benda yang kena buat’ terletak di belakang (sebagai predikat ayat)

ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘meN...’, ‘men...kan’ dan ‘men...i’.

iii. Contoh :

i. Abu sedang memancing ikan.

(Abu ialah pelaku (didepan) dan ikan ialah benda kena buat)


B. AYAT PASIF:

i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat)manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai predikat).

ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di.....’; ‘di.....kan’ atau ‘di.....i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.

iii. Contoh :

i. Ikan itu dipancing oleh Abu.

ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)

iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

Perhatian :

(Selepas anda faham. Sila jawab latihan-latihan yang akan diberi dalam Aktiviti 2.)


Bahan Tambahan Untuk Pemahaman

Ayat Aktif
Dalam Ayat Aktif, subjek sebagai perkara utama yang diterangkan dalam satu ayat  Subjek dihadapan
kata kerja transitif dan objek seperti berikut.
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Penjaja itu menjual nasi lemak dan kuih
2. Ibu memuji adik
Ayat Pasif
Ayat Pasif berlawanan dengan ayat aktif.  Dalam ayat pasif, objek diletakkan pada permulaan ayat.
Objek Kata Kerja Transitif Subjek
1. Balai raya dibina oleh penduduk kampung damai
2. Esei itu dikarang oleh Zaini

Friday, September 23, 2011

AKTIVITI 1 MARI BELAJAR PERIBAHASA

Lihat peribahasa yang dipaparkan dan kemudian cari maksud peribahasa tersebut. Salin semula peribahasa dan maknanya dalam buku BM3.