Soalan 1 - 19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan di bawah.
1 __________ Majlis Restu Ilmu Sekolah Kebangsaan Seri Makmur itu mengumumkan ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah.
A Jurubahasa
B Juruhebah
C Jurucakap
D Juruacara
2 Penduduk Kampung Sentosa sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan ____________ sultan hujung minggu ini.
A beta
B hamba
C tuanku
D baginda
3 Amran ____________ air kopi itu perlahan-lahan kerana masih panas.
A menghisap
B menghirup
C menelan
D menjilat
4
Sebelum meninggalkan kaunter pembayaran, Imran mengira dengan
__________ jumlah baki wang yang dipulangkan kepadanya agar tidak
berlaku kesilapan.
A rapi
B teliti
C kemas
D senang
5 Penculik itu ____________ amat membuat penyamaran sehingga menyulitkan pihak berkuasa memberkasnya.
A licik
B ligat
C lincah
D handal
6 Maisarah bukan sahaja cantik, ____________ berbudi bahasa.
A dan
B namun
C tetapi
D malahan
7 Shazwani makan ____________ roti dan ____________ susu sebagai alas perut.
A sebuah … semangkuk
B sekeping … segelas
C sekeping … sesudu
D sebuku … segelas
8
Monyet-monyet itu telah melarikan dua ___________pisang lalu membawa
pisang-pisang itu ke atas se___________ pokok rambutan.
A sisir ... pohon
B biji ... batang
C sikat ... dahan
D tandan ... ranting
9
Pentadbir sekolah perlu _____________ program-program kecemerlangan
sekolah supaya visi dan misi sekolah menjadi kenyataan. PERLU RUJUK
KAMUS DEWAN
A mengemaskini
B menguatkuasakan
C melipatgandakan
D menambahbaik
10 Komik berbahasa Jepun itu ___________ ke dalam bahasa Melayu oleh seorang penulis terkenal.
A terjemahan
B diterjemahkan
C penterjemahan
D menterjemahkan
11 Kak Suria menangis ____________ apabila mendapat berita ayahnya kemalangan.
A tersedu-sedu
B terhinggut-hinggut
C terjerit-jerit
D teragak-agak
12 Semua murid ____________ ketika guru besar berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan.
A berpeluk tubuh
B bermandi peluh
C memerah otak
D memasang telinga
13
Abdul Manap berkebolehan berpidato.__________, dia telah dipilih untuk
mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat zon.
A Walau bagaimanapun
B Namun demikian
C Tambahan pula
D Oleh sebab itu
14 Rashid ke bandar dengan ____________ orang rakannya.
A kedua
B seluruh
C setengah
D beberapa
15 Anak jiran di ____________ rumah Mak Jah kesemuanya sudah bekerja.
A samping
B sebelah
C sisi
D luar
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.
16 Ahli Kelab Kembara ____________ mendaki Gunung Tahan.
A sedang
B akan
C pernah
D telah
17 Setelah disuruh berkali-kali, barulah fail-fail itu di________________ oleh pekerjanya yang pemalas itu.
A kemas kini
B guna pakai
C urus setia
D susun atur
18 Jurulatih Malaysia ___________ yakin bahawa pasukan bola sepak negara mampu mara ke pertandingan akhir.
A betul
B amat
C benar
D sekali
19 Laksamana Hang Tuah sanggup mencari penawar kerana Sultan Mansyur Syah sedang ____________ .
A murka
B bertakhta
C bersiram
D gering
20 Aida bukan sahaja pandai bermain piano malahan pandai mencipta lagu juga.
Pilih perkataaan seerti bagi malahan.
A mahupun
B bahkan
C lantas
D seterusnya
21 Datuk mengorek lubang sampah di belakang rumah, semalam.
Pilih perkataan berlawan bagi mengorek.
A menurap
B menimbus
C menambak
D menggali
22 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.
A Jujur dan amanah ialah sifat yang terpuji.
B Cita-cita adik saya adalah menjadi seorang peguam.
C Kereta mainan itu adalah untuk anak saudara saya.
D Cerita misteri yang dikarangkan itu adalah rekaan semata-mata.
23 Di manakah kemalangan jalan raya itu berlaku?
A Kemalangan jalan raya itu berlaku semasa pemandu kereta tersebut memandu melebihi had laju.
B Kemalangan jalan raya itu berlaku berhampiran dengan kawasan yang padat penduduknya.
C Kemalangan jalan raya itu berlaku kerana pemandu lori itu gagal membrek dengan sempurna.
D Kemalangan jalan raya itu dapat ditangani sekiranya pengguna jalan raya berhemah ketika memandu di jalan raya.
24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Seingat saya, saya melawat Putrajaya setahun yang lalu.
A Bilakah kamu melawat Putrajaya?
B Bilakah kamu akan melawat Putrajaya?
C Pernahkah kamu melawat Putrajaya?
D Adakah kamu turut melawat Putrajaya?
Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25 Kesilapan Mahani menjaringkan gol sendiri membawa padah kepada pasukannya.
A Pasukannya membawa padah apabila menjaringkan gol sendiri.
B Gol sendiri yang dijaringkan oleh Mahali membawa padah kepada pasukannya.
C Pasukannya menjaringkan gol kerana kesilapan Mahali.
D Padah yang dibawa oleh Mahali menyebabkan pasukannya menjaringkan gol sendiri.
26
Pada minggu lepas, ramai orang telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya.
A Majlis perkahwinan sepupu saya yang telah diadakan pada minggu lepas telah dihadiri oleh ramai
orang.
B Pada minggu lepas, majlis perkawhinan sepupu saya telah menghadiri ramai orang.
C Ramai sepupu saya telah menghadiri perkahwinan saya pada minggu lepas.
D Saya dan orang ramai telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya pada minggu lepas.
Soalan 27 – 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
27
I Banyak orang yang menarik akan keperibadiannya itu.
II Perbarisan lintas hormat itu telah menarik perhatian ibu bapa yang hadir.
III Anggota penyelamat menarik beberapa orang mangsa yang lemas ke tepi sungai.
IV Majikan itu menawarkan imbuhan yang menarik kepada pekerjanya yang menunjukkan prestasi yang cemerlang.
I dan II
II dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
28 I Kakak sedang menuntut di luar negeri.
II Pemuda itu menuntut ganti rugi daripada majikannya.
III Salleh menuntut sekilo tepung di kedai itu.
IV Pekerja-pekerja itu menuntut kenaikan gaji.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV
Soalan 29 - 30
Pilih ayat yang betul.
29 I Kamus dwibahasa yang baharu itu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
II Pekerja jabatan Kerja Raya sedang memperlebar jalan menuju ke Bandar.
III Perabot-perabot yang dijual di Kedai Guan Lee Hin itu sungguh amat murah.
IV Encik jamsari dan keluarganya berada di Pulau Langkawi hanya tiga hari sahaja.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
30 I Sila jangan petik bunga di taman itu.
II Amalan bersarapan adalah baik untuk kesihatan.
III Setengah rakyat negara ini tidak minat bersukan.
IV Dia ingin melanjutkan pelajaran ke universiti apabila dewasa nanti.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Soalan 31 - 35
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Buah durian, rambutan, langsat, manggis, cempedak, pisang dan betik
adalah antara buah tempatan yang popular. Buah-buahan di negara kita
setanding dengan buah-buahan import. Buah-buahan ini enak dan
berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Orang ramai suka makan
buah-buahan tempatan. Selain rasanya yang sedap dan manis, buah-buahan
tempatan mudah diperoleh sama ada di pasar, pasar raya, pasar malam,
pasar tani atau di tepi-tepi jalan. Harganya pula lebih murah
berbanding dengan buah-buahan yang diimport.
Ada buah-buahan yang
bermusim dan tidak bermusim. Buah durian, rambutan, manggis dan
cempedak tergolong dalam kumpulan buah bermusim. Buah nangka, betik,
pisang, jambu dan limau pula buah tidak bermusim. Kita dapat makan
buah-buahan tidak bermusim sepanjang masa.
Kini, buah-buahan tempatan ditanam secara meluas sama ada di dusun, ladang dan
di
belakang rumah dengan pelbagai kaedah. Penanaman buah-buahan secara
moden dan berteknologi tinggi dapat menghasilkan buah-buahan yang
bermutu untuk tujuan pasaran tempatan dan eksport. Dorongan yang kuat
daripada pihak Jabatan Pertanian, MARDI dan FAMA telah mengubah hala
tuju industri penanaman buah-buahan tempatan. Penemuan dan penciptaan
baka-baka baharu buah-buahan yang bermutu tinggi seperti durian, limau,
pisang, mempelam dan duku membolehkan buah-buahan tempatan dieksport ke
luar negara. Buah-buahan ini dieksport ke negara Singapura, Hong Kong,
Taiwan dan Jepun. Hal ini secara langsung membantu dalam meningkatkan
ekonomi negara.
Berbalik kepada khasiat buah-buahan tempatan, telah terbukti bahawa buah-buahan
di
negara kita kaya dengan pelbagai vitamin dan zat untuk mengrangsang
pertumbuhan tubuh badan yang sihat dan seimbang. Buah-buahan seperti
limau, pisang, mangga, betik, ciku dan jambu batu mengandungi serat,
vitamin C, potassium dan kalium yang tinggi. Oleh sebab itulah,
kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia makan buah-buahan tempatan
melalui kempen “Makanlah Buah-buahan Tempatan”. Di samping itu, untuk
meningkatkan penanaman dan pengeluaran buah-buahan tempatan secara
besar-besaran. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyambut baik
kempen ini dan bersama-sama memastikan buah-buahan tempatan terus mewah
untuk dinikmati sampai bila-bila.
31
Mengapakah orang ramai suka makan buah-buahan tempatan?
A Buah-buahan tempatan ditanam secara meluas.
B Buah-buahan tempatan mudah didapati dan rasanya enak.
C Harga buah-buahan tempatan setanding dengan buah-buahan yang diimport.
D Buah-buahan tempatan lebih berkhasiat daripada buah-buahan yang diimport.
32
Apakah yang menyebabkan buah-buahan tempatan sekarang lebih bermutu berbanding dahulu?
A Ditanam dengan banyak di ladang.
B Permintaan yang tinggi di dalam dan luar negara.
C Khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.
D Kaedah penanaman yang menggunakan teknologi terkini.
33
Penyataan di bawah adalah benar kecuali
A Buah-buahan tempatan mengandungi khasit yang tinggi.
B Buah-buahan tempatan banyak diimport dari luar negara.
C Buah-buahan tempatan sudah memasuki pasaran luar negara.
D Buah-buahan yang tidak bermusim dapat diperoleh sepanjang tahun.
34
Mengapakah kerajaan melancarkan kempen “ Makanlah Buah-buahan Tempatan”?
A Untuk meningkatkan pendapatan para petani.
B Untuk memberi peluang kepada para petani memasarkan buah-buahan ke luar negara.
C Kerana kerajaan telah mencipta baka pokok buah-buahan tempatan yang bermutu tinggi.
D Kerana khasiat buah-buahan tempatan yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
35
Maksud perkataan dorongan dalam petikan ialah
A galakan
B kemahuan
C pengangan
D kesungguhan
Soalan 36 - 40
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
IKLAN
Hadiah Galakan Penulis Muda
Anjuran
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar
Pendahuluan
Hadiah
Galakkan Penulis Muda dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala
Kangsar dan ditaja oleh Jabatan Pelajaran Perak. Program ini bertujuan
untuk menarik minat, mengalakkan dan memberi peluang kepada murid-murid
berkarya dan menulis dalam bahasa Melayu.
Syarat dan Peraturan
1. Terbuka kepada semua murid sekolah rendah tahap II di Daerah Kuala Kangsar.
2. Karya boleh dalam bentuk rencana, cerpen atau puisi.
3. Karya hendaklah asli, karangan sendiri bukan terjemahan.
4. Karya hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu.
5. Karya mestilah ditulis sendiri.
6. Karya yang sama tidak boleh dihantar kepada pihak lain.
7. Karya mestilah belum pernah diterbitkan.
8. Jumlah perkataan bagi rencana dan cerpen antara 300 hingga 500 patah perkataan manakala puisi pula bebas.
9. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Ogos 2011.
10. Penyertaan mestilah dikirim kepada
Urus Setia Hadiah Galakan Penulis Muda,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
Ganjaran
Tiga hadiah utama dan sembilan hadiah sagu hati serta sijil penyertaan akan diberikan kepada penulis karya yang terpilih.
3 hadiah utama : RM 500 setiap satu
(satu hadiah setiap bidang)
9 hadiah sagu hati : RM 100 setiap satu.
(3 hadiah setiap bidang)
36 Siapakah yang mengadakan pertandingan menulis ini?
A Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar
B Sekolah-sekolah rendah di Daerah Kuala Kangsar
C Jabatan Pelajaran Perak
D Urus setia Galakan Penulis Muda
37
Pertandingan Galakan Penulis Muda terbuka kepada
A Murid-murid tahun 4, 5 dan 6
B Murid-murid sekolah di daerah Kuala Kangsar
C Murid-murid sekolah rendah di daerah Kuala Kangsar
D Murid-murid tahap II di daerah Kuala Kangsar.
38
Apakah matlamat diadakan pertandingan menulis ini?
A Mencungkil bakat penulis muda berkarya dalam bahasa Melayu
B Melatih murid-murid agar mematuhi syarat-syarat pertandingan
C Melatih murid-murid menulis karya yang panjang
D Memberi hadiah kepada pemenang pertandingan
39
Katakanlah Zetty memenangi hadiah utama menulis cerpen dan puisi, berapakah jumlah wang yang diterimanya?
A RM 200
B RM 500
C RM 600
D RM1000
40
Di bawah ialah antara syarat yang diwajibkan untuk menyertai pertandingan kecuali
A karya hendaklah tulisan sendiri
B karya hendaklah ciptaan sendiri
C karya hendaklah ditaip sendiri
D dua belas karya akan terpilih memenangi wang tunai
BAHASA DALAM KELAS
Selamat Belajar Bahasa Kita
Selamat Datang
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
www.familiazam.com
Sunday, June 22, 2014
KERTAS PEMAHAMAN SIRI 2
SOALAN OBJEKTIF
1. Erma
belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya.
10. Encik Lim Aik membantu jirannya yang akan ___________ ke tempat lain.
15. Ayah membaca se __________ surat khabar sambil mendengar radio.
19. Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi dalam gambar?
Soalan 20 berdasarkan Gambar 12
24. A Sudah satu setengah jam saya Kamil di perhentian bas.
B Semua orang pekerja tidak
dibenarkan meninggalkan bangunan itu.
Tiap-tiap
soalan diikuti oleh empat jawapan
pilihan A, B, C, dan D.
Antaranya,
ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.
Soalan
1 hingga Soalan 16
Isi
tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling
sesuai.
Soalan
1 berdasarkan Gambar 1
A menenun C memilin
B menganyam D menyulam
2. “Maafkan_____
kerana tidak sengaja terpijak kaki saudari,” kata Salmiah kepada gadis itu.
A saya C patik
B aku D hamba
3. “Nita, _________datang
ke majlis hari jadi adik saya minggu depan,” pelawa Idah.
A janganlah C jemputlah
B usahlah D silalah
Soalan
4 berdasarkan Gambar 2
4. Faizah
membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya.
A tongkol C papan
B biji D buah
Soalan
5 berdasarkan Gambar 3
5. Tukang
rumah itu sedang _______sekeping papan.
A mengetam C
memaku
B memahat
D menggergaji
Soalan
6 berdasarkan Gambar 4
6. Pengembara
itu berehat di ___________ pokok mempelam untuk menghilangkan penat.
A atas C bawah
B tepi D luar
Soalan
7 berdasarkan Gambar 5
7. Daniel
sangat suka akan sup ___________ ikan yang dimasak oleh ibunya.
A bebola C bebuli
B bebawang D bebendul
Soalan
8 berdasarkan Gambar 6
8. Pekerja
itu ___________ dahan pokok yang menghalang pandangan lalu lintas.
A membelah C mencantas
B menebus D menebang
Soalan
9 berdasarkan Gambar 7
9. Nyambek
___________ apabila bahunya dicuit dari belakang oleh lelaki yang tidak
dikenalinya.
A tergamam C terdiam
B tersentak D terpukau
Soalan
10 berdasarkan Gambar 8
10. Encik Lim Aik membantu jirannya yang akan ___________ ke tempat lain.
A berpindah
C berlepas
B bertolak D berlalu
11. Wahida
rajin mengemas rumah._______,
dia
merupakan anak sulung dalam keluarganya.
A Lantaran
itu C Tambahan
pula
B Namun
demikian D Selain
itu
12. Suasana di
Stadium Nasional Bukit Jalil itu _____________ oleh sorakan penonton.
A mundar-mandir C hiruk-pikuk
B lintang-pukang D simpang-siur
13. ____Majlis
penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari Keluarga sekolah kami.
A Tatasusila C Tatacara
B Tatatertib D Tatahias
14. Ceramah ______“Keburukan
Permainan Video” itu disampaikan oleh pegawai kesihatan Hospital
Kuala Lumpur.
A dengan C terhadap
B seperti D tentang
Soalan
15 berdasarkan Gambar 10
15. Ayah membaca se __________ surat khabar sambil mendengar radio.
A keping C helai
B naskhah D kajang
Soalan
16
Pilih peribahasa
yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di
bawah ini.
16. Kecantikan
Mahsuri yang __________ itu menjadi bualan penduduk Langkawi.
A bagai
pinang dibelah dua C bagai
cincin dengan permata
B bagai
bulan dipagari bintang D bagai
bertih digoreng
Soalan
17
Pilih kata
seerti yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.
17. Orang
kaya itu mengusir pengemis yang
meminta sedekah di rumahnya.
A menolak C menghalau
B mengugut D memanggil
Soalan 18
Pilih lawan
kata yang sesuai bagi kata yang bergaris.
18. Walaupun
berbadan kurus, budak itu kuat makan.
A gemuk C besar
B lebar D pendek
Soalan
19 berdasarkan Gambar 11
19. Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi dalam gambar?
A ringan
tulang C habis
akal
B berat
mulut D rambang mata
Soalan 20 berdasarkan Gambar 12
Pilih ayat
tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
20. A Bilakah
kamu sampai di sini?
B hadiah
wang tunai dari pihak Bank Nikkie?
C Mengapakah kamu datang ke sini?
D Adakah kamu baru sampai?
Soalan
21 hingga Soalan 25
Pilih
ayat yang betul.
21. A Oh,
panasnya cuaca pada hari ini!
B Eh, sakitnya kakiku tersepak batu!
C Wah, tergamak engkau mencuri
notaku!
D Nah, tingginya lelaki dari
Scotland itu!
22. A Lambat amat sekali kura-kura
itu berjalan.
B Tutur kata anak Puan
Maimon benar sopan.
C Paling cantik nian
lukisan yang dilukis oleh pelukis terkenal itu.
D Hasil kraf tangan
golongan istimewa it sungguh unik.
23. A Fazli
lebih bijak dari abangnya.
B Sila serahkan surat berdaftar
ini ke Johan.
C Setiap bulan, saya pulang ke
kampung untuk menjenguk ibu dan ayah.
D Kunci bilik itu ada kepada pengawal keselamatan.
D Kunci bilik itu ada kepada pengawal keselamatan.
24. A Sudah satu setengah jam saya Kamil di perhentian bas.
C Nazir menabung separuh daripada gaji bulanannya.
D Tiap malam, William mengikuti
kelas muzik.
25. A Bilakah
nenek akan keluar dari hospital?
B Siapakah daya kami untuk menentang arahan majikan.
C Diakah yang membongkar rahsia
itu.
D Siapakah dia yag bersalah?
Soalan
26 dan Soalan 27
Pilih
ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
26. Di tepi
sungai itu ada beberapa rumpun pokok buluh.
A Terdapat
beberapa rumpun pokok buluh di tepi
sungai itu.
B Beberapa rumpun pokok buluh ditanam di tepi sungai itu.
C Di tepi sungai itu mungkin ada beberapa rumpun pokok buluh.
D Ada sungai di tepi beberapa rumpun pokok
buluh itu.
27. “Saya
berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh,” kata Haiza kepada
Jamil.
A Jamil
menjelaskan bahawa Haiza berjaya melanjutkan
pelajaran di sekolah berasrama
penuh.
B Jamil dan
Haiza diberitahu bahawa mereka berjaya
melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama
penuh.
C Jamil
dimaklumkan bahawa Haiza berjaya melanjutkan
pelajaran di sekolah berasrama
penuh.
D Haiza
memberitahu Jamil bahawa dia berjaya
melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama
penuh.
Soalan 28
Pilih
ayat-ayat yang menggunakan kata yang
bergaris
dengan betul.
28. I Rumah
saya agak jauh dari sekolah.
II Barangan
yang dijual di pasar raya itu jauh
lebih murah daripada yang dijual di pasar raya
lain.
III “Pergilah jauh
agar tiada sesiapa pun yang akan
mengganggumu,” kata Khairil kepada
rakan baiknya.
IV Setiap
hari, dia berjalan kaki jauh lima kilometer.
A II saja C III dan
IV saja
B I dan
II saja D I, II,
dan III saja
Soalan
29 dan Soalan 30
Pilih
ayat-ayat yang betul.
29. I Mahmud
menerima kad ucapan dari sahabat
penanya di Brunei Darussalam.
II Dia
mengulang kaji pelajaran hingga larut malam.
III “Tolong berikan surat ini kepada Encik Lim,” kata kerani itu kepada Hakimi.
IV Di masa
lapang, Vince dan abangnya gemar memancing
ikan.
A II dan
III saja C II,
III, dan IV saja
B I, II, dan
III saja D I, II,
III, dan IV
30. I
Mesyuarat PIBG itu membincangkan masalah disiplin murid-murid dan
lain-lain hal yang berkaitan.
II Pak Mat tidak dapat menoreh getah kerana sudah seminggu hujan turun dengan lebatnya.
III Tuk
Penghulu meminta orang ramai berkumpul
di Dewan Serba Guna hujung minggu
ini.
IV Pada pandangan saya, beliau memang layak
menerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
2006.
A I dan
II saja C I, III,
dan IV saja
B II dan
III saja D II,
III, dan IV saja
Soalan
31 hingga Soalan 35
Baca
iklan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
“MENABUNG BERSAMA NIKKIE” JAMINAN MASA DEPAN YANG CERA2 Mei –13 Mei 2006
Bersempena
dengan
ulang tahun Bank Nikkie yang ke-10, kami telah menawarkan pelbagai
keistimewaan dan hadiah yang menarik sepanjang promosi kami kepada para
pelanggan.
“MENABUNG BERSAMA NIKKIE” JAMINAN MASA DEPAN YANG CERA2 Mei –13 Mei 2006
• Kadar
dividen yang tinggi
•
Hadiah wang tunai menanti ahli Kelab Nikkie yang berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM
•
Hadiah-hadiah yang lumayan melalui pelbagai peraduan yang bakal diadakan
•
Sebuah tabung Nikkie yang cantik apabila anda mendepositkan RM200
Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-61401697 atau kunjungi mana-mana
cawangan Bank Nikkie hari ini.
Anda boleh juga melayari laman web kami di alamat: http://www.banknikkie.com.my/banknikkie
31. Kata dividen dalam iklan
bermaksud...
A manfaat yang
diperoleh.
B peratus keuntungan yang diagihkan sama rata.
C simpanan
wang di bank.
D keuntungan yang dibayar kepada penyimpan.
32. Siapakah
yang paling layak menerima hadiah
wang tunai dari pihak Bank Nikkie?
A pelajar
yang berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun
B pelajar
yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, atau SPM
C calon yang
akan menduduki tiga peperiksaan utama
D graduan
dari universiti tempatan
33. Mengapakah
pihak Bank Nikkie mengadakan promosi tersebut?
A untuk
memperkenalkan Bank Nikkie kepada orang ramai
B untuk
meminta orang ramai mengunjungi Bank Nikkie
C untuk
menjual tabung Nikkie
D untuk
meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-10
34. Apakah
ganjaran yang diterima oleh mereka yang membuat simpanan sebanyak RM200?
A tabung
Nikkie yang cantik
B kadar
faedah yang tinggi
C hadiah
wang tunai
D dibenarkan
melayari laman web Bank Nikkie
35. Yang
manakah penyataan yang tidak benar?
A pihak
Bank Nikkie ingin menggalakkan pelajar menabung
B tiada
perkhidmatan internet disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjut
C peraduan
yang diadakan menawarkan hadiah
yang menarik
D promosi
tersebut berlangsung selama dua minggu
Soalan
36 hingga Soalan 40
Baca
petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak
40 kilometer ke utara Kuala Lumpur. Taman Orkid ini diwujudkan bersempena
dengan Persidangan Orkid Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2011.
Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri. Orkid yang ditanam di kawasan ini mempunyai pokok yang segar
dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini disebabkan oleh iklim yang amat
menyegarkan di kawasan tanah tinggi.
Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis
orkid. Kebanyakan orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid
hutan. Orkid-orkid di sini jarang-jarang ditemukan di tempat lain.
Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di
sini. Harga yang ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada
jenis bunganya. Semasa membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan
cara-cara menanam orkid yang betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara
membaja orkid yang betul.
Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah
berkunjung ke sini setiap tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari
luar negara, misalnya dari India, Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland,
Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.
Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan
pelbagai jenis orkid, pengunjung dapat juga
menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di Taman Orkid
Antarabangsa Serendah.
36. Kata keistimewaan
dalam petikan bermaksud…
A keunikan.. C kebesaran
B kelebihan. D keindahan.
37. Penyataan
yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid
Antarabangsa Serendah, kecuali…
A pokok-pokoknya
segar dan mengeluarkan bunga.
B jenis
orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan.
C orkid di
sini tidak perlu dijaga dengan teliti.
D orkid yang
ditanam di sini tidak kurang daripada 500
jenis.
38. Berapakah
jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka
masa empat tahun itu?
A 500 orang C 50 000
orang
B 25 000
orang D 100 000
orang
39. Apakah
bukti yang menunjukkan bahawaTaman Orkid Antarabangsa mendapat perhatian orang ramai?
A banyak
pelancong dari dalam dan luar negeri yang
mengunjungi taman itu
B pelancong
banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenangan
C bilangan
pelancong asing yang mengunjungi taman ini melebihi bilangan penduduk setempat
D pengunjung
sering menaiki menara tinjau
40. Pada
pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah diwujudkan?
A untuk
memperkenalkan tanaman orkid kepada
generasi baru
B untuk
memperindah Bandar Raya Kuala Lumpur
C untuk
mempelbagaikan tanaman yang terdapat di negara kita
D untuk
menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid
Subscribe to:
Posts (Atom)