Soalan 1 - 19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan di bawah.
1 __________ Majlis Restu Ilmu Sekolah Kebangsaan Seri Makmur itu mengumumkan ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah.
A Jurubahasa
B Juruhebah
C Jurucakap
D Juruacara
2 Penduduk Kampung Sentosa sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan ____________ sultan hujung minggu ini.
A beta
B hamba
C tuanku
D baginda
3 Amran ____________ air kopi itu perlahan-lahan kerana masih panas.
A menghisap
B menghirup
C menelan
D menjilat
4
Sebelum meninggalkan kaunter pembayaran, Imran mengira dengan
__________ jumlah baki wang yang dipulangkan kepadanya agar tidak
berlaku kesilapan.
A rapi
B teliti
C kemas
D senang
5 Penculik itu ____________ amat membuat penyamaran sehingga menyulitkan pihak berkuasa memberkasnya.
A licik
B ligat
C lincah
D handal
6 Maisarah bukan sahaja cantik, ____________ berbudi bahasa.
A dan
B namun
C tetapi
D malahan
7 Shazwani makan ____________ roti dan ____________ susu sebagai alas perut.
A sebuah … semangkuk
B sekeping … segelas
C sekeping … sesudu
D sebuku … segelas
8
Monyet-monyet itu telah melarikan dua ___________pisang lalu membawa
pisang-pisang itu ke atas se___________ pokok rambutan.
A sisir ... pohon
B biji ... batang
C sikat ... dahan
D tandan ... ranting
9
Pentadbir sekolah perlu _____________ program-program kecemerlangan
sekolah supaya visi dan misi sekolah menjadi kenyataan. PERLU RUJUK
KAMUS DEWAN
A mengemaskini
B menguatkuasakan
C melipatgandakan
D menambahbaik
10 Komik berbahasa Jepun itu ___________ ke dalam bahasa Melayu oleh seorang penulis terkenal.
A terjemahan
B diterjemahkan
C penterjemahan
D menterjemahkan
11 Kak Suria menangis ____________ apabila mendapat berita ayahnya kemalangan.
A tersedu-sedu
B terhinggut-hinggut
C terjerit-jerit
D teragak-agak
12 Semua murid ____________ ketika guru besar berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan.
A berpeluk tubuh
B bermandi peluh
C memerah otak
D memasang telinga
13
Abdul Manap berkebolehan berpidato.__________, dia telah dipilih untuk
mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat zon.
A Walau bagaimanapun
B Namun demikian
C Tambahan pula
D Oleh sebab itu
14 Rashid ke bandar dengan ____________ orang rakannya.
A kedua
B seluruh
C setengah
D beberapa
15 Anak jiran di ____________ rumah Mak Jah kesemuanya sudah bekerja.
A samping
B sebelah
C sisi
D luar
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.
16 Ahli Kelab Kembara ____________ mendaki Gunung Tahan.
A sedang
B akan
C pernah
D telah
17 Setelah disuruh berkali-kali, barulah fail-fail itu di________________ oleh pekerjanya yang pemalas itu.
A kemas kini
B guna pakai
C urus setia
D susun atur
18 Jurulatih Malaysia ___________ yakin bahawa pasukan bola sepak negara mampu mara ke pertandingan akhir.
A betul
B amat
C benar
D sekali
19 Laksamana Hang Tuah sanggup mencari penawar kerana Sultan Mansyur Syah sedang ____________ .
A murka
B bertakhta
C bersiram
D gering
20 Aida bukan sahaja pandai bermain piano malahan pandai mencipta lagu juga.
Pilih perkataaan seerti bagi malahan.
A mahupun
B bahkan
C lantas
D seterusnya
21 Datuk mengorek lubang sampah di belakang rumah, semalam.
Pilih perkataan berlawan bagi mengorek.
A menurap
B menimbus
C menambak
D menggali
22 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.
A Jujur dan amanah ialah sifat yang terpuji.
B Cita-cita adik saya adalah menjadi seorang peguam.
C Kereta mainan itu adalah untuk anak saudara saya.
D Cerita misteri yang dikarangkan itu adalah rekaan semata-mata.
23 Di manakah kemalangan jalan raya itu berlaku?
A Kemalangan jalan raya itu berlaku semasa pemandu kereta tersebut memandu melebihi had laju.
B Kemalangan jalan raya itu berlaku berhampiran dengan kawasan yang padat penduduknya.
C Kemalangan jalan raya itu berlaku kerana pemandu lori itu gagal membrek dengan sempurna.
D Kemalangan jalan raya itu dapat ditangani sekiranya pengguna jalan raya berhemah ketika memandu di jalan raya.
24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Seingat saya, saya melawat Putrajaya setahun yang lalu.
A Bilakah kamu melawat Putrajaya?
B Bilakah kamu akan melawat Putrajaya?
C Pernahkah kamu melawat Putrajaya?
D Adakah kamu turut melawat Putrajaya?
Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25 Kesilapan Mahani menjaringkan gol sendiri membawa padah kepada pasukannya.
A Pasukannya membawa padah apabila menjaringkan gol sendiri.
B Gol sendiri yang dijaringkan oleh Mahali membawa padah kepada pasukannya.
C Pasukannya menjaringkan gol kerana kesilapan Mahali.
D Padah yang dibawa oleh Mahali menyebabkan pasukannya menjaringkan gol sendiri.
26
Pada minggu lepas, ramai orang telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya.
A Majlis perkahwinan sepupu saya yang telah diadakan pada minggu lepas telah dihadiri oleh ramai
orang.
B Pada minggu lepas, majlis perkawhinan sepupu saya telah menghadiri ramai orang.
C Ramai sepupu saya telah menghadiri perkahwinan saya pada minggu lepas.
D Saya dan orang ramai telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya pada minggu lepas.
Soalan 27 – 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
27
I Banyak orang yang menarik akan keperibadiannya itu.
II Perbarisan lintas hormat itu telah menarik perhatian ibu bapa yang hadir.
III Anggota penyelamat menarik beberapa orang mangsa yang lemas ke tepi sungai.
IV Majikan itu menawarkan imbuhan yang menarik kepada pekerjanya yang menunjukkan prestasi yang cemerlang.
I dan II
II dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
28 I Kakak sedang menuntut di luar negeri.
II Pemuda itu menuntut ganti rugi daripada majikannya.
III Salleh menuntut sekilo tepung di kedai itu.
IV Pekerja-pekerja itu menuntut kenaikan gaji.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV
Soalan 29 - 30
Pilih ayat yang betul.
29 I Kamus dwibahasa yang baharu itu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
II Pekerja jabatan Kerja Raya sedang memperlebar jalan menuju ke Bandar.
III Perabot-perabot yang dijual di Kedai Guan Lee Hin itu sungguh amat murah.
IV Encik jamsari dan keluarganya berada di Pulau Langkawi hanya tiga hari sahaja.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
30 I Sila jangan petik bunga di taman itu.
II Amalan bersarapan adalah baik untuk kesihatan.
III Setengah rakyat negara ini tidak minat bersukan.
IV Dia ingin melanjutkan pelajaran ke universiti apabila dewasa nanti.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Soalan 31 - 35
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Buah durian, rambutan, langsat, manggis, cempedak, pisang dan betik
adalah antara buah tempatan yang popular. Buah-buahan di negara kita
setanding dengan buah-buahan import. Buah-buahan ini enak dan
berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Orang ramai suka makan
buah-buahan tempatan. Selain rasanya yang sedap dan manis, buah-buahan
tempatan mudah diperoleh sama ada di pasar, pasar raya, pasar malam,
pasar tani atau di tepi-tepi jalan. Harganya pula lebih murah
berbanding dengan buah-buahan yang diimport.
Ada buah-buahan yang
bermusim dan tidak bermusim. Buah durian, rambutan, manggis dan
cempedak tergolong dalam kumpulan buah bermusim. Buah nangka, betik,
pisang, jambu dan limau pula buah tidak bermusim. Kita dapat makan
buah-buahan tidak bermusim sepanjang masa.
Kini, buah-buahan tempatan ditanam secara meluas sama ada di dusun, ladang dan
di
belakang rumah dengan pelbagai kaedah. Penanaman buah-buahan secara
moden dan berteknologi tinggi dapat menghasilkan buah-buahan yang
bermutu untuk tujuan pasaran tempatan dan eksport. Dorongan yang kuat
daripada pihak Jabatan Pertanian, MARDI dan FAMA telah mengubah hala
tuju industri penanaman buah-buahan tempatan. Penemuan dan penciptaan
baka-baka baharu buah-buahan yang bermutu tinggi seperti durian, limau,
pisang, mempelam dan duku membolehkan buah-buahan tempatan dieksport ke
luar negara. Buah-buahan ini dieksport ke negara Singapura, Hong Kong,
Taiwan dan Jepun. Hal ini secara langsung membantu dalam meningkatkan
ekonomi negara.
Berbalik kepada khasiat buah-buahan tempatan, telah terbukti bahawa buah-buahan
di
negara kita kaya dengan pelbagai vitamin dan zat untuk mengrangsang
pertumbuhan tubuh badan yang sihat dan seimbang. Buah-buahan seperti
limau, pisang, mangga, betik, ciku dan jambu batu mengandungi serat,
vitamin C, potassium dan kalium yang tinggi. Oleh sebab itulah,
kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia makan buah-buahan tempatan
melalui kempen “Makanlah Buah-buahan Tempatan”. Di samping itu, untuk
meningkatkan penanaman dan pengeluaran buah-buahan tempatan secara
besar-besaran. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyambut baik
kempen ini dan bersama-sama memastikan buah-buahan tempatan terus mewah
untuk dinikmati sampai bila-bila.
31
Mengapakah orang ramai suka makan buah-buahan tempatan?
A Buah-buahan tempatan ditanam secara meluas.
B Buah-buahan tempatan mudah didapati dan rasanya enak.
C Harga buah-buahan tempatan setanding dengan buah-buahan yang diimport.
D Buah-buahan tempatan lebih berkhasiat daripada buah-buahan yang diimport.
32
Apakah yang menyebabkan buah-buahan tempatan sekarang lebih bermutu berbanding dahulu?
A Ditanam dengan banyak di ladang.
B Permintaan yang tinggi di dalam dan luar negara.
C Khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.
D Kaedah penanaman yang menggunakan teknologi terkini.
33
Penyataan di bawah adalah benar kecuali
A Buah-buahan tempatan mengandungi khasit yang tinggi.
B Buah-buahan tempatan banyak diimport dari luar negara.
C Buah-buahan tempatan sudah memasuki pasaran luar negara.
D Buah-buahan yang tidak bermusim dapat diperoleh sepanjang tahun.
34
Mengapakah kerajaan melancarkan kempen “ Makanlah Buah-buahan Tempatan”?
A Untuk meningkatkan pendapatan para petani.
B Untuk memberi peluang kepada para petani memasarkan buah-buahan ke luar negara.
C Kerana kerajaan telah mencipta baka pokok buah-buahan tempatan yang bermutu tinggi.
D Kerana khasiat buah-buahan tempatan yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
35
Maksud perkataan dorongan dalam petikan ialah
A galakan
B kemahuan
C pengangan
D kesungguhan
Soalan 36 - 40
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
IKLAN
Hadiah Galakan Penulis Muda
Anjuran
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar
Pendahuluan
Hadiah
Galakkan Penulis Muda dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala
Kangsar dan ditaja oleh Jabatan Pelajaran Perak. Program ini bertujuan
untuk menarik minat, mengalakkan dan memberi peluang kepada murid-murid
berkarya dan menulis dalam bahasa Melayu.
Syarat dan Peraturan
1. Terbuka kepada semua murid sekolah rendah tahap II di Daerah Kuala Kangsar.
2. Karya boleh dalam bentuk rencana, cerpen atau puisi.
3. Karya hendaklah asli, karangan sendiri bukan terjemahan.
4. Karya hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu.
5. Karya mestilah ditulis sendiri.
6. Karya yang sama tidak boleh dihantar kepada pihak lain.
7. Karya mestilah belum pernah diterbitkan.
8. Jumlah perkataan bagi rencana dan cerpen antara 300 hingga 500 patah perkataan manakala puisi pula bebas.
9. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Ogos 2011.
10. Penyertaan mestilah dikirim kepada
Urus Setia Hadiah Galakan Penulis Muda,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
Ganjaran
Tiga hadiah utama dan sembilan hadiah sagu hati serta sijil penyertaan akan diberikan kepada penulis karya yang terpilih.
3 hadiah utama : RM 500 setiap satu
(satu hadiah setiap bidang)
9 hadiah sagu hati : RM 100 setiap satu.
(3 hadiah setiap bidang)
36 Siapakah yang mengadakan pertandingan menulis ini?
A Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar
B Sekolah-sekolah rendah di Daerah Kuala Kangsar
C Jabatan Pelajaran Perak
D Urus setia Galakan Penulis Muda
37
Pertandingan Galakan Penulis Muda terbuka kepada
A Murid-murid tahun 4, 5 dan 6
B Murid-murid sekolah di daerah Kuala Kangsar
C Murid-murid sekolah rendah di daerah Kuala Kangsar
D Murid-murid tahap II di daerah Kuala Kangsar.
38
Apakah matlamat diadakan pertandingan menulis ini?
A Mencungkil bakat penulis muda berkarya dalam bahasa Melayu
B Melatih murid-murid agar mematuhi syarat-syarat pertandingan
C Melatih murid-murid menulis karya yang panjang
D Memberi hadiah kepada pemenang pertandingan
39
Katakanlah Zetty memenangi hadiah utama menulis cerpen dan puisi, berapakah jumlah wang yang diterimanya?
A RM 200
B RM 500
C RM 600
D RM1000
40
Di bawah ialah antara syarat yang diwajibkan untuk menyertai pertandingan kecuali
A karya hendaklah tulisan sendiri
B karya hendaklah ciptaan sendiri
C karya hendaklah ditaip sendiri
D dua belas karya akan terpilih memenangi wang tunai
No comments:
Post a Comment