Selamat Datang


"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
www.familiazam.com

Monday, December 19, 2011

AKTIVITI 5 KATA TANYA

Pilih ayat yang menggunakan kata ganti tanya yang betul.

1. “ Boleh saya tahu, yang datang semalam itu _______ ? ” tanya Rizal kepada Suzi.

A bila........................................................... C siapa

B apa .......................................................... D mana


2. “ Tolong buka beg , saya nak tengok _______ yang ada di dalamnya,”

Kata Cikgu Ani kepada Ayu.

A bila......................................................... C siapa

B apa ........................................................ D berapa


3. “________ Pak Adib dan isterinya akan berangkat ke Mekah ? ” tanya Haji Sudin kepada isterinya.

A Bilakah .................................................C Di manakah

B Siapakah............................................... D Bagaimanakah


4. ________ kamu tidak datang ke kelas tambahan semalam ?

A Bagaimanakah..................................... C Berapakah

B Mengapakah ....................................... D Bilakah


5. ________ harga sekilogram buah duku ini ?

A Di manakah ........................................ C Bilakah

B Berapakah ...........................................D Adakah


6. Selamat pagi, ________pesanan cik ?

A bilakah............................................... C apakah

B adakah .............................................. D di manakah


7. _______ kamu akan bertolak ke London ?

A Bilakah............................................. C Siapakah

B Berapakah ........................................D Di manakah


8. _______ caranya kamu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ?

A Bilakah............................................ C Berapakah

B Siapakah......................................... D Bagaimanakah

KATA TANYA

Kata Tanya
1. Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2. Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana,
mengapa, dan siapa.
3. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan siapa.
4. Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang
saja.
5. Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.
6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) *Nama kucing ini siapa? (salah)
Nama kucing ini apa? (betul)

(b) *Apa nama anak saudara ini? (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)

Monday, December 5, 2011

KATA NAMA

Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am dan nama khas.

Kata Nama Am

1. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

2. Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan.

3. Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.


3. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:


benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

4. Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Sumber rujukan : http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com

Monday, November 14, 2011

AKTIVITI 4 PILIH PENJODOH BILANGAN YANG BETUL

Buat latihan ini di dalam buku BM3.

1. Emak memberi kakak se __________ biskut dan dua __________ nangka .

A ketul ... biji.................................B keping ... ulas

C ketul ... butir..................................... D potong ... tongkol


2. Nenek menyapukan beberapa __________ kapur di atas daun sirih itu lalu

menggobeknya.

A kepal ............................................... B carik

C calit ........................................D colek


3. Milah memakai __________ kancing baju yang berwarna keemas-emasan

semasa pergi ke majlis itu.

A sebentuk ...............................B segenggam

C sekeping ................................D sebiji


4. Ada __________ sungai dan se __________ buluh di belakang rumah Mahali.

A sebuah ... sepohon...................... B sebatang ... serumpun

C sebidang ... sejambak ..............D sejalur ... sebatang


5. Nenak hanya memerlukan __________ jarum dan __________ kain untuk

menampal seluar Ramlan yang koyak itu.

A selembar ... sepasang .............B sebilah ... sebidang

C sebatang ... secarik .................... D sepucuk ... secebis


6. Darmalingam makan sepuluh __________ sate dan tiga __________ nasi himpit di

warung Mak Cik Tam.

A batang ... potong......................... B cucuk ... ketul

C ketul ... ulas ...........................D bungkus ... butir


7. Nelayan itu memikul __________ jala dan menjinjing __________ ikan.

A serawan ..... sebakul................... B sebidang ..... seekor

C serawan ..... seraga ....................D sekeping ..... ekor


8. Ayah membeli __________ rantai mutiara dan __________ cincin di kedai itu.

A seutas ..... sebiji ...........................B seuntai ..... sebentuk

C sebentuk ..... sebentuk ...............D segelung ..... sebuah


9. Sebelum pulang nenek sempat menjamah __________ sirih dan __________

nasi pulut.

A sepiak ..... segenggam ................B seberkas ..... sekepal

C sedaun ..... sepinggan .................D sekapur ..... sekepal


10. Encik Salleh membeli lima __________ dawai untuk memagari __________ tanah

kebunnya..

A gulung ..... sebaris ........................B gelung ..... sebidang

C utas ..... sekeping .........................D berkas ..... sekepal


Thursday, October 27, 2011

PERKATAAN HARI INI ( TERATAK )

teratak ( kamus dewan edisi keempat)

1. sejenis rumah kecil di sawah dll (utk tempat tinggal sementara), dangau, gubuk: di situ mereka membuat teratak utk tempat kediam­annya;
2. rumah (utk merendahkan diri): tuanku, di teratak patik inilah tuan puteri ketujuh-tujuh beradik itu bermain;
3. Jw atap tepas yg diberi bertiang (utk tempat berteduh);
4. dusun kecil (didiami oleh beberapa keluarga sahaja); meneratak ark mendirikan
teratak.

Sunday, October 23, 2011

AKTIVITI 3 PILIH AYAT YANG BETUL TATABAHASANYA

Salin ayat-ayat di bawah ke dalam buku BM3. Tandakan ayat yang betul

1.
A. Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja.
B. Ali boleh menjawab soalan itu dengan tepat.

2.
A. Puan Sara dihadiahkan Pingat Khidmat Cemerlang.
B. Puan Sara dihadiahi Pingat Khidmat Cemerlang.

3.
A. Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung.
B. Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung.

4.
A. Cikgu Siti menceritakan pengalamannya.
B. Cikgu Siti menceritakan tentang pengalamannya.

5.
A. Rombongan itu adalah dari Filipina.
B. Rombongan itu ialah dari Filipina.

6.
A. Kereta itu dipandu oleh saya.
B. Kereta itu saya pandu.

7.
A. Gadis itu merasa amat sedih selepas ibunya meninggal dunia.
B. Gadis itu berasa amat sedih selepas ibunya meninggal dunia.

8.
A. Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding.
B. Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding.

Wednesday, October 5, 2011

AKTIVITI 2 LATIHAN AYAT AKTIF DAN PASIF

Sila baca arahan yang diberikan dan buat latihan yang diberikan dalam buku BM3.

LATIHAN 1

Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal .

2. Kucing jantan itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

4. Pelumba motorsikal dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik .

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kamu patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

8. Peguam berjambang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.

LATIHAN 2

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Mesir tersebut.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang itu.

3. Ujian kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan

6. Wang itu telah saya masukkan ke dalam Bank Rakyat.

Friday, September 30, 2011

NOTA AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Sila baca dan fahamkan.

A. AYAT AKTIF:

i. Ayat aktif ialah ayat yang mana ‘pelaku’´ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘benda yang kena buat’ terletak di belakang (sebagai predikat ayat)

ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘meN...’, ‘men...kan’ dan ‘men...i’.

iii. Contoh :

i. Abu sedang memancing ikan.

(Abu ialah pelaku (didepan) dan ikan ialah benda kena buat)


B. AYAT PASIF:

i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat)manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai predikat).

ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di.....’; ‘di.....kan’ atau ‘di.....i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.

iii. Contoh :

i. Ikan itu dipancing oleh Abu.

ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)

iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

Perhatian :

(Selepas anda faham. Sila jawab latihan-latihan yang akan diberi dalam Aktiviti 2.)


Bahan Tambahan Untuk Pemahaman

Ayat Aktif
Dalam Ayat Aktif, subjek sebagai perkara utama yang diterangkan dalam satu ayat  Subjek dihadapan
kata kerja transitif dan objek seperti berikut.
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Penjaja itu menjual nasi lemak dan kuih
2. Ibu memuji adik
Ayat Pasif
Ayat Pasif berlawanan dengan ayat aktif.  Dalam ayat pasif, objek diletakkan pada permulaan ayat.
Objek Kata Kerja Transitif Subjek
1. Balai raya dibina oleh penduduk kampung damai
2. Esei itu dikarang oleh Zaini