Selamat Datang


"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
www.familiazam.com

Wednesday, October 5, 2011

AKTIVITI 2 LATIHAN AYAT AKTIF DAN PASIF

Sila baca arahan yang diberikan dan buat latihan yang diberikan dalam buku BM3.

LATIHAN 1

Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal .

2. Kucing jantan itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

4. Pelumba motorsikal dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik .

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kamu patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

8. Peguam berjambang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.

LATIHAN 2

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Mesir tersebut.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang itu.

3. Ujian kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan

6. Wang itu telah saya masukkan ke dalam Bank Rakyat.

No comments:

Post a Comment