LATIHAN 3.1
Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang diberi.
menampal menegah memunggah menempah
menyudu
memungut mengukur menyemak
menguji memarang
1. Peperiksaan itu diadakan untuk ___________ kebolehan
murid-murid.
2. Abang saya__________ majalah Dewan Pelajar daripada Dewan
Bahasa
dan Pustaka.
3. Mereka sedang __________ sebuah peti ais dari lori.
4. Dia _________ poster itu pada papan kenyataan.
5. Puan Minah __________ anaknya betmain di tepi jalan raya.
6. Mereka sedang __________ keluasan tanah lapang itu.
7. Pihak sekolah __________ derma untuk membantu murid yang malang itu.
8. Cikgu Osman __________ buku kerja kami setiap hari.
9. Ibu sedang __________ nasi dari periuk nasi.
10. Ayah _________ besi itu sehingga licin.
LATIHAN 3.2
membesar
menguncup memerahi menjatuhi
memenuhi menyeterika mengikir menyeberang
memanjang mengecilkan
1. Puan Minah sedang
____________ seluar panjang suaminya.
2. Pemburu itu
____________ musang yang cuba
menyerangnya.
3. Tumbuhan itu akan
____________ dengan lebih cepat jika sentiasa dibubuh
baja.
4. Getah itu
___________ apabila ditarik.
5. Besi __________
apabila disejukkan.
6. Mukanya
___________ apabila dimarahi oleh ibunya.
7. Kanak- kanak sedang
__________ di jalan itu.
8. Hakim __________
pengedar dadah itu hukuman mati.
9. Peminat bola sepak
___________ Stadium Merdeka sejak
petang lagi.
10. Jangan sekali-kali ___________ kebolehan orang lain.
LATIHAN 3.3
Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan kata-kata
berimbuhan
men..... yang sesuai.
menyiapkan
membantah
melaut
merawat
mengalir
memuji
menghargal
membancuh
menggubah
menjerang
1. Janganlah kita ____________ kata orang tua.
2. Sungai di belakang rumahnya ____________ dengan deras.
3. Emak sedang __________ susu untuk adik.
4. Kakak __________ air di dapur.
5. Sawah padi di Negeri Kedah ___________ luas.
6. Kita perlu ___________ jasa orang lain terhadap kita.
7. Cikgu selalu __________ murid yang pandai dan rajin itu.
8. Doktor itu sedang ____________ pesakitnya.
9. Kegemaran kakak saya ialah ___________ bunga.
10. kita akan __________ projek itu dalam tempoh dua tahun.
LATIHAN 3.4
Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan
perkataan yang sesuai.
1. Apabila kami tiba
di kampung itu, kami ternampak sawah-sawah padi yang ________dari jauh.
2. Penuntut-penuntut
pusat pengajian tinggi terpaksa _________ rumah di luar kampus kerana
penginapan di
asrama sudah penuh.
3. Perusahaan
_________ nanas terdapat di beberapa tempat di Johor Bahru.
4. Osman tidak dapat
__________ kerana masih di bawah umur 21 tahun.
5. Kapal terbang dari
Kota Bharu itu ___________ di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah pada
pukul 8.45 malam.
6. Bercucuk tanam dan
__________ ikan air tawar merupakan pekerjaan utama kebanyakan
penduduk di
kampunng saya.
7. Haslina __________
kepada ayahnya supaya membenarkan dia berkelah ke Desaru bersama
kawan-kawannya.
8. Mustaza
bercita-cita untuk __________ seorang ahli perniagaa yang berjaya pada suatu
hari
nanti.
9. Mak Cik Naimah
leka ___________ ketupat sehingga tidak sedar akan kedatangan anak
cucunya.
10. Pada musim tengkujuh, para nelayan tidak dapat
__________ ikan kerana laut bergelora.
merebus
mengundi
menangkap
menjadi
mengetin
menguning
menyewa
mendarat
merayu
menternak
Sumber : http://rohana-rahman-bm.blogspot.com/2012/11/imbuhan-awalan-men.html
No comments:
Post a Comment